Winona Ryder dan Keanu Reeves mungkin telah berkahwin sepanjang 26 tahun ini

0
42
Winona Ryder dan Keanu Reeves

Pelakon Hollywood, Winona Ryder dan Keanu Reeves mungkin secara tidak sengaja sudah berkahwin lebih kurang pada tahun 90 an dahulu, dan mungkin mereka masih lagi berkahwin sehingga sekarang.

Ryder, 46 menyatakan kemungkinan tersebut di dalam satu temu bual bersama Reeves oleh ‘Entertainment Weekly‘. Temu bual tersebut bertujuan mempromosikan filem terbaru mereka, sebuah komedi romantik bertajuk ‘Destination Wedding‘.

Kedua dua pelakon tersebut telah membintangi filem seram tahun 1992, ‘Dracula‘ dimana Ryder berkata karakter dalam filem tersebut, Mina dan Jonathan Harker, telah berkahwin di Romania. Perkahwinan itu berkemungkinan sah, sambung Ryder lagi.

Winona Ryder dan Keanu Reeves

Kami sebenarnya telah berkahwin dalam ‘Dracula“, kata Ryder kepada ‘Entertainment Weekly‘. “Tidak, saya bersumpah, saya rasa kami berkahwin secara betul” sambungnya lagi.

Pada tahun filem ‘Dracula’ disiarkan, Ryder berrusia 21 tahun dan Reeves, 28 tahun.

Pada satu babak dalam filem tersebut, Pengarah telah menggunakan paderi Roman yang betul“, jelas Ryder. “Semua perkara yang berkenaan telah kami lakukan“.

Semasa temu bual dijalankan, Reeves bertanya kepada Ryder sama ada mereka berdua menjawab ‘yes’ dalam perkahwinan tersebut. Beliau akhirnya menerima kemungkinan tersebut sambil memberitahu wartawan, “Kami dah berkahwin

Winona Ryder dan Keanu Reeves

Sama ada Ryder dan Reeves masih terikat dengan perkahwinan tersebut masih menjadi misteri tetapi anda boleh menyaksikan mereka berdua kembali dalam filem terbaru mereka yang akan datang, ‘Destination Wedding‘. Itu pun kalau filem tersebut masuk ke pawagam di Malaysia.

Sumber : Yahoo