TIME tingkatkan kelajuan jalur lebar pelanggannya sehingga 1Gbps secara senyap

0
28
jalur lebar broadband
Sumber : TIME Internet/The Malaysian Reserve

Pada bulan Julai yang lepas, pembekal jalur lebar TIME mengucapkan tahniah kepada musuh perniagaan utamanya TM atas peningkatan percuma kelajuan turbo Unifi. Ucapan tahniah itu ditulis didalam laman Facebook pihak TIME sendiri dan juga menyatakan yang sekarang giliran TIME pula untuk mengambil langkah baru.

Nampaknya TIME mengambil masa 2 bulan selepas ucapan itu dibuat untuk bekerja keras, di mana hasilnya kini pelanggan TIME dilaporkan menerima peningkatan kelajuan sejak 29 September lalu.

Menurut lamanĀ Soya Cincau, sesetengah pengguna TIME yang melanggan pelan 100Mbps pada RM149 sebulan melaporkan menerima kelajuan sebanyak 500Mbps dan untuk pengguna yang melanggan pelan 3000Mbps pada RM 189 sebulan menerima peningkatan kelajuan sebanyak 800Mbps.

jalur lebar broadband
Sumber : Soya Cincau

Manakala bagi pengguna 500Mbps pada RM299 sebulan sebelum ini dilaporkan mendapat peningkatan kelajuan sekali ganda iaitu sehingga 1Gbps.

jalur lebar broadband
Sumber : Soya Cincau

Dengan pelan baru ini, TIME kini adalan pembekal jalur lebar berkelajuan 500Mbps yang paling murah di Malaysia.

jalur lebar broadband
Sumber : Carousell

Pelan 500 Mbps dari TIME ini yang berharga RM149 sebulan adalah 5 kali ganda lebih laju dari 100Mbps yang ditawarkan oleh pihak Maxis dan TM pada harga RM129 sebulan.

TIME masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan peningkatan kelajuan jalur lebar mereka. Pelan yang lama masih lagi dipaparkan di laman web TIME.

jalur lebar broadband
Sumber : TIME

Sumber : Says