Tidak perlu lagi telefon canggih untuk memeriksa emel

1
22

[Photo courtesy of Yahoo]
Menurut GSMA, menjelang 2025, peratusan pengguna yang akan memeriksa emel melalui telefon pintar akan melebehi 50%. Daripada jumlah ini, bukan semua pengguna mempunyai telefon pintar yang canggih dan mahal seperti iPhone.  Mereka mungkin hanya menggunakan browser dari telefon pintar.

Baru baru ini ‘Yahoo’, portal internet terkemuka telah memperkenalkan 2 cara baru untuk mengakses emel ‘Yahoo’ yang telah direka khas untuk pengguna baru iaitu melalui antara muka web yang baharu serta aplikasi Android Go.

Antara muka web yang baru ini serta Android Go tidak terlalu berbeza dengan aplikasi yang ada sekarang, cuma ia tidak mempunyai banyak bahasa asing dan mempunyai resolusi yang lebih rendah dari aplikasinya yg biasa.

[Photo courtesy of Yahoo]
Walaupun ‘Yahoo Mail‘ mempunyai jumlah pengguna yang rendah berbanding ‘GMail, masih ada lebih 227 juta pengguna mengakses Yahoo Mail setiap hari.

Selepas ini, kalau anda rasa aplikasi emel anda terlalu berat, anda boleh mencuba ‘Yahoo Mail pula.

Sumber : FastCompany

1 KOMEN

Comments are closed.