Kalau anda adalah peminat cerita seram, drama bersiri bertajuk ‘The Haunting Of Hill House‘ ini harus anda tonton.
Sebelum cerita ini ditayangkan kepada umum, sudah ramai peminat bercakap mengenainya kerana ia mendapat peratusan penuh di laman rating terkenal, ‘Rotten Tomatoes‘. Apabila episod pertama ditayangkan, tahap peratusan masih lagi dalam kedudukan yang amat baik iaitu sebanyak 92%.
Cuma, masalah utama drama bersiri seram ini adalah penonton terlalu takut selepas menontonnya.

Terdapat banyak komen dari penonton yang telah menonton drama ini. Ada yang mengatakan yang mereka tidak boleh tidur malam tanpa membiarkan lampu terbuka selepas menonton cuma satu episod dari drama ini.
Berikut adalah beberapa komen yang dikongsi oleh pengguna Twitter.
Who is watching the Haunting of Hill House because I need to talk about it , potentially in the middle of the night when I can’t sleep because I’m now afraid of the dark
— Katelyn ⭐️⭐️ (@Now_Voyageur) October 15, 2018
The Haunting of Hill House on @NetflixUK is one of the most terrifying, nail biting, hide behind the couch, don’t even breath, I’m going to pass out from fear things I have ever watched. In. My. Life.
— Baby Jane (@babyjanequeen) October 13, 2018
Watching the Haunting of hill house makes me afraid of every noise, every shadow, every reflection in my house…
I can't sleep at night, because I'm scared to close my eyes, but I can't wait to watch a new episode each night…— Georgie Woollacott (@omgitsgeorgie) October 15, 2018
Ada juga yang mengatakan yang mereka mengalami ‘serangan jantung, menangis, muntah dan yang lebih teruk lagi, pengsan semasa menonton drama tersebut akibat terlalu takut.

Jadi, sesiapa yang rasa diri tu berani, sila cabar diri anda untuk menonton cerita ini, tetapi buat pengetahuan semua, cerita ini cuma boleh didapati di Netflix.