Tempat yang patut anda lawati jika berkunjung ke Sabah

0
79
Sabah

Pulau ketiga terbesar didunia dan juga dikenali sebagai negeri yang paling besar di Malaysia, Sabah kini sedang meningkat popularitinya sebagai destinasi pelancongan yang sangat menarik, dengan pantainya yang cantik, flora dan faunanya yang pelbagai, budaya yang unik dan juga Taman Negara yang gah. Disini saya kongsikan 10 tempat di Sabah yang patut anda kunjungi jika berpeluang ke negeri ini.

1. Taman Kinabalu & Kolam Air Panas Poring

Taman Negara Kinabalu
Sumber : Sabah Tourism

Taman Negara Kinabalu adalah salah satu destinasi yang paling popular di negeri di bawah bayu ini. Ia menjanjikan permandangan dan alam semulajadi yang indah. Jalan masuk ke Gunung Kinabalu ini dipenuhi dengan hutan nan hijau, sungai, air terjun dan juga gua yang menakjubkan.

Kolam Air Panas Poring
Sumber : Amazing-Borneo

Kalau anda sampai ke sini, jangan lupa untuk singggah ke Kolam Air Panas Poring. Terletak lebih kurang 40 kilometer dari ibu pejabat Taman Kinablu. kolam air panas ini mula ditemui oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2. Hilangkan stress anda dengan berendam di dalam kolam air panas ini.

2. Mari Mari Cultural Village

Mari Mari Cultural Village
Kredit : Amazing-Borneo

Perkampungan budaya ini terletak di sebuah hutan yang terpencil yang dinamakan Kionsom. Perkampungan budaya ini cuma 25 minit sahaja jauhnya dari Kota Kinabalu. Ia memaparkan 5 etnik berbeza di dalam satu kampung. Matlamat utama perkampungan budaya ini adalah untuk berkongsi ilmu, sejarah, budaya dan tradisi Borneo dengan orang luar.

3. Monyet Proboscis & Kunang-Kunang di Klias

Klias river cruise
Sumber: http://bit.ly/1p9pvI4

Klias terletak diantara bandar kecil Beaufort dan Kuala Penyu. Anda boleh menyaksikan monyet Proboscis dan banyak lagi haiwan lain di habitat mereka sendiri di sepanjang Sungai Klias. Selain itu, permandangan indah matahari terbenam jugak dapat dilihat di sini dan selepas itu, bersedia untuk di khayalkan dengan ribuan cahaya kunang kunang di antara pokok pokok bakau. Pengalaman menyelusuri Sungai Klias sesuai untuk semua peringkat umur.

4. Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin

Tabin Wildlife
Sumber: http://bit.ly/1fT52JR
Tabin Wildlife
Sumber: http://bit.ly/1hBpDgP

Keindahan hutan hujan Borneo, pokok yang tertinggi didunia dan perlbagai tumbuh tumbuhan, semuannya dapat dilihat di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Di kawasan ini juga, terletaknya Badak Sumatera, salah satu haiwan yang hampir pupus dan jarang ditemui. Selain itu, Orang Utan, gajah terkecil di dunia, Gajah Pygmy, kerbau liar dan perbagai hidupan liar lain boleh didapati di kawasan ini. Tupai, cicak terbang, helang dan perbagai jenis burung kecil juga hidup meliar di kawasan ini.

5. Pulau Penyu Selingan

Selingan Turtle Island
Sumber: Amazing-Borneo
Selingan Turtle Island
Sumber: Amazing-Borneo

Pengunjung yang datang ke Sabah tidak seharusnya melepaskan peluang untuk bermalam di Pulau Penyu Selingan. Disini tempatnya spesis penyu yang tertua di dunia, Penyu Hijau. Kawasan ini juga adalah tempat berlindungnya Penyu Karah. Pulau Selingan adalah pulau kedua terbesar dalam kumpulan pulau yang membentuk kawasan Taman Penyu ini. Disini terletaknya ibu pejabat, chalet dan kemudahan lain buat pengunjung. Jadi, jikalau anda ke Sabah, jangan lupa menyaksikan penyu bertelur disini.

Sumber : Tripzilla