Sistem demerit oleh JPJ untuk kesalahan jalan raya – Ini yang anda perlu tahu

0
118
saman aes
Sumber : https://peraktoday.com

Bermula dari 1 September yang lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil alih operasi, pembanggunan dan penyelanggaran kesemua 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Ini bermaksud sistem demerit juga diperkenalkan kembali, di mana pemandu akan berdepan dengan hukuman atas pelbagai kesalahan jalanraya termasuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan melanggar lampu merah.

jpj demerit awas

Setiap pemandu akan bermula dengan 0 mata, mata demerit akan diberikan kepada pemandu yang melakukan kesalahan jalanraya. Pemandu yang telah mengumpul sebanyak 20 mata demerit akan menerima surat amaran dari pihak JPJ. Pada masa yang sama, orang kena saman (OKS) akan didenda sebanyak RM 300 dan diberi tempoh selama 60 hari untuk membuat pembayaran.

Untuk 20 mata yang seterusnya, lesen memandu boleh digantung selama 6 hingga 8 bulan. Untuk setiap 20 mata yang berikutnya, 2 bulan lagi akan ditambah ke atas hukuman yang sedia ada. Jika pemandu telah digantung lesen sebanyak 3 kali dalam masa 5 tahun, lesen mereka akan dibatalkan.

jpj demerit awas

Dengan sistem demerit ini, pihak JPJ berharap kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Sumber : CarList