Serena Williams bergaya dengan skirt ‘tutu’ di Pertandingan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2018

0
75
Tenis tutu serena williams
(Foto oleh Julian Finney/Getty Images)

Baru baru ini, di Pertandingan Tenis Terbuka Perancis 2018, pemain nombor 1 dunia, Serena Williams telah beraksi dengan memakai pakaian sukan yang berlainan dari apa yang kita pernah lihat dalam perlawanan tenis lain.

Beliau menggayakan pakaian ketat (compression) yang menutupi seluruh tubuhnya.Pakaian seperti ini sebenarnya ada kebaikannya iaitu untuk mengatasi masalah darah beku yang dialaminya setelah melahirkan anak.

Malangnya pakaian ini telah di haramkan dari pertandingan tersebut buat selamanya selepas ini. Tindakan ini diambil selepas Presiden Persatuan Tenis Perancis, Bernard Giudicelli menyifatkan pakaian itu melampaui batas dan permainan dan tempat perlawanan tenis ini harus dihormati.

Berikutan pengharaman tersebut, Serena Williams mungkin telah menunjukkan protesnya dengan memakai skirt ‘tutu‘ hitam ke Pertandingan Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2018. Tapi kali ini pakaian ini direka khas hasil kerjasama antara Louis Vuitton dan Nike.

Thank you to the incredible @virgilabloh

A post shared by Serena Williams (@serenawilliams) on

Walaupun dengan pakaian itu, beliau berjaya mengalahkan lawannya dengan mudah. Beliau berkata , skirt tersebut selesa dan bersifat aerodinamik.

Ini adalah satu cara dimana beliau cuba meng ‘troll‘ kan komen komen yang mengutuk dan memerli pakaian ketatnya (compression) yang di pakai sebelum ini.

Terpulang kepada anda untuk menilai sama ada pengharaman pakaian itu masuk akal atau tidak.