Seniman Nurin Misha meninggal pada usia 52 tahun

0
68
seniman

Pelakon drama ,Seniman Nur Amisah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Nurin Misha meninggal dunia di rumahnya pada usia 52 tahun akibat sesak nafas, lebih kurang pada pada pukul 9.20 pagi semalam.

Arwah ditemuiĀ  tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Ipoh oleh anaknya, menurut Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah.

Arwah ditemui tidak sedarkan diri, dan pasukan perubatan mengesahkan beliau sudah tiada setibanya mereka di rumah arwah.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman Malaysia

Seniman

Jenazah di bawa ke Masjid Kampung Batu Jalan Ipoh untuk urusan pengurusan jenazah dan di semadikan di Tanah Perkuburan Bangko di Jalan Kuching.

Allahyarham meninggalkan suami dan lima cahaya matanya.