Secara tak sengaja, Jepun telah mencipta aiskrim yang tidak mudah cair

0
56
Aiskrim strawberi
Sumber : https://www.instagram.com/p/BXRhTBbDw3t/?taken-by=honmura_riko

Sekarang sudah wujud aiskrim yang tidak mudah cair, walaupun di letakkan di bawah pengering rambut, dan ianya di temui secara tidak tidak sengaja.

Pada tahun 2011 yang lalu, dalam keadaan Jepun masih lagi belum pulih sepenuhnya dari gempa bumi dan tsunami yang baru terjadi, seorang tukang masak telah diarahkan untuk mencari kegunaan buah strawberi yang tumbuh di di kawasan yang yang terlibat.

Akibat dari kejadian gempa bumi tersebut, strawberi tersebut tidak membentuk seperti biasa, menyebabkan ia sukar dijual. Ini mengakibatkan pembaziran buah tersebut yang tumbuh dengan banyak pada masa itu.

Aiskrim strawberi
Sumber : http://en.tohokukanko.jp/blog/new-years-strawberry-picking-in-haramachi-city-fukushima-prefecture/

Dalam kajian tukang masak masak tersebut, beliau mendapati apabila sebahagian daripada strawberi, apabila dicampurkan denganĀ  krim, mengakibatkan sebatian tersebut mengeras.

SekumpulanĀ  saintis kemudiannya cuba mengkaji keadaan tersebut dan mendapati apabila sesetengah bahagian dari buah tersebut dicampurkan dengan aiskrim, aiskrim akan berhenti dari terus cair.

Disebabkan bahan yang digunakan datang dari alam semula jadi, kedai kedai tempatan di JepuĀ  telah mula menghasilkan aiskrim yang tidak mudah cair.

 Aiskrim yang tidak mudah cair
Sumber : https://www.instagram.com/kanazawaice/

Bukan itu sahaja, malah aiskrim tersebut juga sangatlah comel.

Malangnya aiskrim tersebut belum boleh didapati di Malaysia.

Sumber : Says