Saman AES dibatalkan serta merta, berita baik untuk para pemandu

0
41
saman aes
Sumber : https://peraktoday.com

Berita baik untuk pemandu yang mempunyai saman AES. Semua saman yang dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak dari tahun 2012 dibatalkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, langkah ini diambil berikutan keputusan kabinet untuk mengambil alih sepenuhnya operasi AES di dalam negara dari 2 syarikat swasta terdahulu, bermula 1 September 2018.

Beliau berkata, setakat bulan Mei terdapat 3.1 juta saman yang masih belum dibayar berjumlah RM430 juta. Ini adalah untuk sekali ini sahaja, sambung beliau.

Selepas 1 September, JPJ akan mengambil alih sepenuhnya operasi AES dan semua saman selepas tarikh itu perlu dibayar. Tidak akan ada lagi diskaun selepas itu, ujar Loke dalam sidang akhbar hari ini.