RM1000 untuk belia bawah 35 tahun yang berkahwin

0
51
wang hadiah kahwin
Sumber : https://twitter.com/sacitycouncil/status/917256624259006466

Berkahwin memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi, tetapi bagi penduduk Selangor, anda boleh mendapat bonus dengan cara berkahwin!

Terdapat satu program di bawah kerajaan Negeri Selangor dimana kerajaan negeri akan memberi insentif berupa wang tunai sebanyak RM500 seorang kepada sesiapa yang berumur 35 tahun kebawah dan berkahwin. Ini bermaksud setiap pasangan akan menerima sebanyak RM1000.

wang hadiah kahwin
Sumber : https://selangorkini.my/2014/11/sasar-naik-30-pemberian-insentif-perkahwinan-belia/

Dibawah program yang dinamakan Insentif Perkahwinan Belia dan dibawah kelolaan Yayasan Warisan Selangor(YAWAS), anda boleh menuntut wang hadiah tersebut selagi tempoh perkahwinan belum melebihi setahun. Malah proses menuntut wang hadiah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian.

Yang menariknya, ia terbuka kepada semua kaum dan tiada sebarang had pendapatan untuk anda layak menerima wang hadiah tersebut.

Antara syarat syarat untuk layak menerima wang hadiah tersebut adalah seperti berikut :

  1. Perkahwinan pertama sahaja.
  2. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi umur 35 tahun semasa berkahwin.
  3. Lahir di Selangor atau sudah menetap di Selangor sekurang kurangnya 10 tahun adn mempunya alamat Selangor di kad pengenalan.
  4. Terbuka kepada semua kaum.
  5. Tiada had pendapatan.

Jika permohonan anda diluluskan, anda akan menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM500 dari Bank Simpanan Nasional dan boleh dijual kembali kepada bank dalam tempoh 45 hari. Atau anda boleh memilih untuk menyimpannya. Mana tahu, boleh menang kereta pula.

Sumber : WorldOfBuzz