Ribut taufan paling dasyat dalam tempoh 25 tahun melanda Jepun

0
44
ribut taufan jebi
Sumber : Ichiro Sakano/Kyodo News/AP/Kyodo News

Ribut taufan yang paling dasyat dalam tempoh 25 tahun melanda Jepun semalam, dimana seramai lebih 1 juta penduduk di gesa untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Taufan yang disertakan dengan angin kencang dan hujan lebat itu telah mengakibatkan 2 orang terbunuh.

Ribut taufan yang diberi nama Jebi, beserta angin kencang berukuran 216 km per jam telah menghempaskan sebuah kapal tangki di Teluk Osaka ke sebuah jambatan dan megakibatkan banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

ribut taufan jebi
Sumber :Ichiro Sakano/Kyodo News/AP

Gambar dari pusat penyiaran awam NHK menunjukkan kapal tangki tersebut menghempas sebahagian dari jambatan yang menghubungkan bandar Izumisano dengan lapangan terbang, tetapi sehingga hari ini, masih tiada laporan kecederaan.

Berita tempatan berkata landasan kapal terbang dan tingkat bawah tanah lapangan terbang tersebut telah dibanjiri dengan ombak besar yang diakibatkan oleh ribut tersebut. Semua penerbangan di Kansai dibatalkan.

Cuaca yang buruk itu telah mengakibatkan ribuan orang terputus bekalan elektrik dan pembatalan ratusan penerbangan, keretapi dan juga feri.

Lebih 700 penerbangan dibatalkan, termasuk beberapa penerbangan antarabangsa yang dijadualkan untuk berlepas dan tiba di Nagoya dan Osaka.

NHK berkata, seramai 97 orang telah dilaporkan cedera akibat terperangkap dalam ribut tatapi tiada keceraan parah dilaporkan. Pusat penyiaran itu juga memparkan sebuah rakaman video yang menunjukkan permainan ferris wheel setinggi 100 meter di Osaka berpusing dengan laju disebakan oleh angin walaupun suisnya dimatikan.

Jabatan kaji cuaca Jepun mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan terjadinya tanah runtuh, banjir, angin kencang, ombak tinggi, kilat dan puting beliung.