Rakyat Malaysia juarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL 2018)

0
47
Grand Final Liga Cabaran Ninja

Bekas juara pertandingan Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) di Australia dengan mengalahkan 95 pesaing lain.

Dikenali sebagai Mat Redho, beliau telah diumumkan sebaggai juara selepas menghabiskan semua cabaran dalam peringkat akhir dengan catatan masa 5 minit 13.09 saat.

Posted by Mat Redho on Isnin, 5 November 2018

Walaupun tidak diletakkan harapan yang tinggi selepas mendapat tempat ke 8 dalam separuh masa yang pertama, beliau berjaya mengalahkan pemenang tempat kedua, Jake Murray dalam peringkat akhir dengan perbezaan masa sebanyak 10 saat.

Tambahan pula, beliau merupakan satu satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua cabaran diperingkat akhir, melayakkan beliau untuk memenangi gelaran ‘Last Man Standing‘ di pertandingan tersebut.

“Saya berasa hebat dan terima kasih kepada cabaran yang menarik ini, saya pasti akan kembali pada tahun hadapan” kata Mat Redho.

Mat Redho di temani oleh sumber semangatnya, isteri dan anak-anaknya. Pengorbanannya dengan mengeluarkan duit sendiri untuk menyertai pertandingan ini telah terbayar.

Grand Final Liga Cabaran Ninja

Dalam tulisan di Facebook beliau sediri, beliau berharap ada pihak yang sanggup menajanya selepas ini.

NCL adalah sebuah pertandingan terbuka yang merangkumi 3 peringkat dengan cabaran yang berbeza. Semua peserta harus menghabiskan semua cabaran di setiap peringkat untuk layak bertanding dalam peringkat akhir.