Rakyat Malaysia dicadang menangguhkan lawatan ke Lombok, Bali

1
40
Earthquake
Sumber: (Reuters: Antara Foto/Ahmad Subaidi)

Rata-rata rakyat Malaysia yang bercadang untuk mengunjungi Lombok dan Bali telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perjalanan mereka berikutan gempa bumi 7.0 magnitud yang melanda pulau tersebut ahad lepas, seminggu selepas gempa yang pertama pada 27 Julai lalu.

Mohamad Suhaib, 26, sepatutnya berlepas ke Lombok dala penerbangan pada 4.30 petang semalam bersama keluarganya tetapi beliau telah menangguhkan hasrat tersebut. Beliau telah menghubungi kedutaan di Lombok dan diberitahu suasana di pulau tersebut kurang selamat.

Korban Gempa Lombok 5 Agustus 2018 #earthquake #gempa #lombok #bali #sumbawa #

A post shared by Aprian Jopa (@giodjopa) on

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia turut memberi pilihan kepada pembeli tiket ke Lombok untuk menganjakkan tarikh penerbangan mereka. Pengerusi eksekutif AirAsia Group Bhd Datuk Kamarudin Meranun memaklumkan bahawa syarikat AirAsia akan menghantar pesawat kosong untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di lombok yang mahu pulang lebih awal dari yang dijadualkan.

Presiden Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Datuk Tan Kok Liang menggesa supaya rakyat Malaysia menangguhkan rancangan untuk ke Lombok buat masa sekarang untuk mengelakkan kejadian yang tidak dingini berlaku.

Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda utara Lombok Ahad lalu turut dirasa kesannya di sekitar Submbawa, Bali dan Jawa Timur.

lombok earthquake

Mangsa yang maut dilaporkan telah melebihi 90 orang dan lebih 100 lagi cedera. Pada 29 Julai lalu, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud telah menggemparkan bahagia selatan Nusa Tenggara dan Lombok mengakibatkan 17 orang maut termasuk seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun, Siti Nur Ismawida Ismail.

Gempa tersebut juga mencederakan beratus orang sementara lebih 5000 kediaman dilaporkan musnah

The earthquake also injured hundreds while more than 5,000 homes were reportedly destroyed.

Sumber : TheStar

 

1 KOMEN

Comments are closed.