Profesor universiti ini membayar RM 2778 untuk tiba di kelas tepat pada masanya

0
23
profesor

Seorang profesor dari University Southeast di Nanjing, China, membayar sebanyak 4,600 yuan (RM 2778.87) kepada teksi untuk perjalanan sejauh 737 kilometer dari Guangzhao ke Changsha untuk memastikannya tiba di kelasnya tepat pada masa.

Wang berada di Guangzhao untuk melawat rakannya apabila taufan Mangkhut melanda bandar itu.

Setelah beliau tiba di Changsha, beliau masih perlu mengambil penerbangan balik ke Nanjing dan berjaya tiba di Universiti tempatnya mengajar tepat pada masanya.

Beliau berkata jadual pelajar tidak seharusnya bertukar hanya disebabkan olehnya.

Berdisiplin betul profesor ni. Kalau kita, sudah tentu kita terus pergi ke klnik untuk mengambil MC 😛

Sumber : AsiaOne