POCOPHONE F1 edisi Armoured telah mula dijual di Malaysia

0
38
Pocophone F1 mi edisi armoured

Jika anda adalah antara orang yang sedang menunggu untuk mendapatkan Pocophone F1 Edisi Armoured, ini ada berita baik untuk anda. Telefon pintar ini telah mula dijual bermula dari semalam, 27 September 2019 di rangkaian kedai Mi yang terpilih di Malaysia.

Bagi mereka yang tidak tahu, Pocophone adalah telefon pintar terbaru dari Xiaomi yang mengutamakan spesikfikasi yang tinggi pada harga yang lebih murah berbanding pesaingnya yang lain.

Smartphone edisi terhad ini dijual dengan harga RM 1599 dan mempunyai spesifikasi yang sama dengan Pocophone yang biasa. Didatangi dengan skrin bersaiz 6.88″, pemproses Snapdragon 845  serta 4000 mAH bateri. Anda boleh menonton video di bawah untuk informasi yang lebih terperinci.