Pintu kereta dibuka perompak jam 2 pagi, cara baru untuk masuk ke rumah

0
29
perompak kereta

Perompak kini sudah semakin kreatif. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan niat jahat mereka tercapai. Baru baru ini, seorang pengguna Facebook, Abdul Kareem Firdaus berkongsi pengalamannya dimana rumah beliau hampir dimasuki oleh perompak.

Beliau yang sedang tidur tersedar apabila penggera keretanya berbunyi dengan kuat. Dengan segera beliau mendapatkan kunci kereta dan menghidupkan lampu. Alat kawalan jauh kunci kereta ditekan dan beliau mengintai ke luar.

perompak kereta

 

Pintu keretanya terbuka luas. Hampir sahaja beliau mahu keluar untuk menutup pintu keretanya, tetapi tiba tiba beliau terfikir mungkin pintu keretanya sengaja dibuka untuk membuatkan beliau keluar dari rumah. Jam menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu.

Beliau mengambil keputusan yang lain selamat dengan menelefon polis untuk meminta bantuan. Selang beberapa minit selapas itu, 2 kereta peronda tiba dan barulah pintu rumah dibuka. Tiada barang yang hilang dari kereta apabila diperiksa.

Dibawah adalah perkongsian beliau didalam Facebook.

Ini mungkin adalah modus operandi terbaru untuk perompak untuk membuatkan kita keluar dari rumah. Apabila kita berada diluar , lebih mudah lah mereka untuk memasuki rumah kita. Semoga kita dijauhi dari perbuatan sebegini.