Perjalanan astral (astral projection), realiti atau sekadar fantasi?

0
71
Astral Projection
Sumber : https://mysticurious.com/astral-projection-techniques

Di dalam filem yang dihasilkan pada tahun 2016, “Dr Strange”, antara kuasa watak utamanya adalah ‘perjalanan astral’ atau lebih dikenali sebagai ‘astral projection’, dimana beliau mempunyai kebolehan untuk mengasingkan rohnya atau kesedarannya dari badan asal. Menarik bukan? Tetapi secara realiti, bolehkah ia dilakukan?

Astral Projection

Teori mengenai manusia boleh meninggalkan badan asalnya telah lama wujud sejak dari zaman dahulu lagi dan ramai diantara kita yang percaya akan kebolehan ini. Mengikut satu kajian yang dijalankan, seramai 8 – 20 peserta kajian mengatakan yang mereka pernah merasai pengalaman ini.

Kebanyakan pengalaman tersebut berlaku semasa tidur atau semasa dihipnosis, ada juga sebilangan dari mereka yang mengatakan ianya berlaku dalam keadaan yang relaks dan tenang.

Terdapat pelbagai buku, seminar, DVD dan material lain yang kononnya mengajar cara untuk memisahkan kesedaran dari badan asal, tetapi adakah ia benar benar boleh berlaku?

Dari segi sains, tidak ada cara untuk membuktikan keadaan dimana roh atau kesedaran meninggalkan dan masuk semula ke badan asal. Penjelasan yang ada sebelum ini adalah kemungkinan pengalaman tersebut cuma satu mimpi atau imaginasi. Disebabkan tiada bukti yang kukuh, para saintis telah menolak idea perjalanan astral ini.

Walaubagaimanapun, terdapat satu kajian yang dilakukan yang berjaya membuktikan idea perjalanan astral ini. Dr. Charles Theodore Tart pada tahun 1966 telah menjemput seorang yang namanya dirahsiakan, yang mengatakan bahawa beliau boleh melakukan perjalanan astral.

Kajian tersebut mengambil masa 4 malam dimana beliau berbaring dan cuba untuk mengeluarkan kesedarannya dari badan sendiri. Sementara itu beliau juga disambungkan dengan beberapa peralatan untuk mengukur keadaan psikologinya.

Objektif kajian ini adalah beliau harus mengenal pasti nombor yang dihasilkan secara rawak yang berada lebih kurang 1.5 meter di atas kepalanya dimana nombor ini adalah sangat mustahil untuk dilihat menggunakan mata kasar.

Astral Projection
Sumber : http://universeinsideyou.net/experiments-proving-astral-projection-is-real/

3 hari berlalu dan beliau telah mengatakan yang beliau telah berjaya keluar dari badannya dan melihat nombor tersebut. Pada waktu perjalanan astral itu terjadi seperti mana yang diberitahu oleh beliau sendiri, peralatan yang mengukur keadaan psikologinya itu mendapati terdapat kelainan yang luar biasa pada gelombang otaknya. Beliau berjaya mengenal pasti nombor yang tertera : 25132.

Terdapat perbagai lagi kajian yang dilakukan oleh pakar pakar yang lain yang berjaya membuktikan keadaan perjalanan astral ini. Sebilangannya cukup menarik dimana, ada yang melihat kebakaran yang berlaku di banggunan sebelah, ada yang dapat meneka object yang diletakkan di belakang dinding halangan dan perbagai pengalaman lain.

Terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak. Jika anda pernah mengalami perjalanan astral ini, apa kata anda berkongsi pengalaman anda bersama kami. Mungkin kami boleh berkongsi pengalaman anda bersama pembaca laman ini.