Periksa status penjual online menggunakan portal oleh PDRM ini

0
34
penipuan PDRM

Takut ditipu didalam urusan membeli barang atas talian? Kini anda boleh memeriksa identiti penjual menggunakan portal yang disediakan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ini.

PDRM telah melancarkan portal tersebut pada Ogos 2017 tapi masih ramai lagi di antara kita yang tidak tahu mengenai portal ini.

Portal ini boleh di akses melalui pautan berikut : http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/#

Dengan hanya menggunakan akaun bank atau nombor telefon penjual, anda boleh mula memeriksa sama ada terdapat laporan polis yang telah dibuat ke atas penjual tersebut.

Nombor akaun bank atau nombor telefon yang terdapat dalam senarai laporan pihak polis akan dpaparkan bersama perkataan ‘Amaran’ beserta dengan jumlah laporan yang telah dibuat ke atas penjual tersebut.

Pengarah CCID Bukit Aman berkata, portal itu juga boleh digunakan untuk memeriksa sama ada akaun bank kita telah disalah guna oleh pihak yang tertentu di mana kadang-kadang terdapat pengguna yang tidak sedar bahawa akaun mereka sedang digunakan dalam penipuan atas talian.