Perdebatan mengenai pengakhiran filem Inception akhirnya menemui jawapan

0
55
inception

Filem keluaran Christopher Nolan pada tahun 2010, Inception adalah antara filem yang boleh dikatakan mempunyai pengakhiran yang paling mengelirukan dimana terdapat berbagai-bagai pendebatan mengenai hujung jalan ceritanya.

inception

Pada mereka yang tidak tahu mengenai filem ini, anda patut mencari dan menontonnya. Ia mengisahkan tetag sekumpulan penipu profesional yang pakar dalam mencuri dan memanipulasi maklumat dari minda seseorang. Tetapi apabila mereka diber tugas untuk memanipulasikan fikiran seorang pengarah syarikat, pelbagai kejadian yang tidak disangka berlaku.

Filem tersebut berakhir dengan penuh tanda tanya dan meninggalkan penontonnya dalam keadaan kecewa dan keliru sama ada pelakon utamanya, Leonardo DiCaprio dapat kembali ke alam realiti daripada mimpinya atau tidak.

8 tahun kemudian, sekarang, jawapan untuk persoalan tersebut sudah terlerai. Michael Caine, salah seorang pelakon dalam filem tersebut membongkarkan sedikit maklumat mengenai apa yang terjadi di sebalik tabir semasa menghadiri majlis penyangan filem itu di London baru baru ini.

inception
Sumber : Warner Bros. Pictures

“Semasa saya mendapat skrip untuk filem Inception, saya berasa sedikit keliru” ujar Caine. “Saya bertanya kepada Nolan, Saya tidak faham keadaan mimpi dalam cerita tersebut. Bila kah suasana itu adalah mimpi dan bilakan suasan itu adalah realiti”

Nolan menjawab “Apabila watak kamu berada di dalam babak filem, itu adalah realiti”. Caine kemudiannya berkata “Saya faham, Apabila saya dalam babak filem tersebut, ia adalah realiti. Jika tidak, ia adalah mimpi”.

Jadi walaupun Caine yang memainkan watak sebagai mentor dan bapa mertua DiCaprio  tidak banyak menunjukkan mukanya di dalam filem tersebut, tetapi beliau ada di babak yang paling penting iaitu di pengakhiran filem.

inception
Sumber : Warner Bros. Pictures
inception
Sumber : Warner Bros. Pictures

Ya, sekarang anda sudah tahu bukan? Misteri yang berusia 8 tahun ini sudah terbongkar. Tiba masanya untuk anda menonton kembali filem ini dengan maklumat yang baru ini.

Sumber : BuzzFeed