Penumpang pertama SpaceX untuk perjalanan ke angkasa di umumkan

0
40
spacex
Sumber : REUTERS/Thom Baur/File Photo

SpaceX, syarikat pengangkutan angkasa milik Elon Musk mengumumkan nama penumpang pertamanya sebagai Yusaka Maezawa, seorang ahli perniagaan dari Jepun dan pengasas kedai fesyen dalam talian, Zozo.

space x

Maezawa yang juga bekas pemain drum didalam sebuah kumpulan musik punk akan terbang mengelilingi bulan dalam penerbagan yang dijadualkan pada tahun 2023 menaiki kapal angkasa Big Falcon Rocket, di mana ini akan menjadi pencapaian terbaru dalam perjalanan ke angkasa yang bersifat komersial.

Nama Maezawa diumumkan di dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat syarikat tersebut di Los Angeles.

Maezawa yang popular dengan pembelian sebuah lukisan berharga USD110 juta berkata, beliau akan menjemput 6 ke 8 orang artis untuk bersama dengan beliau dalam lwatan ke angkasa lepas ini.

Jumlah yang dibayar oleh Maezawa untuk penerbangan ini masih lagi tidak diketahui.

Sumber : AsiaOne