Penumpang Didi Chuxing, aplikasi seakan Uber di China terminum air kencing pemandu

0
46
Didi Chuxing
Sumber : https://sg.news.yahoo.com/chinese-passenger-didi-car-drinks-061336643.html

Aplikasi pengangkutan seakan akan Uber terbesar di China, Didi Chuxing terpalit dengan skandal yang terbarunya dimana salah seorang penumpang untuk servis primernya terminum air kencing pemandu yang diisi didalam botol minuman.

Penumpang tersebut, Sun sedang menaiki kenderaan tersebut bersama 2 lagi rakan sekerjanya di daerah Shanghai Putuo pada malam selasa lalu, menurut akhbar Beijing.

Dia memberitahu akhbar tersebut bahawa dia sudah meminta kebenaran sama ada dia boleh minum air dari botol yang disediakan, dimana terdapat logo Didi pada botol tersebut. Ini adalah kebiasaan didalam servis kenderaan primer Didi untuk menyediakan botol air percuma pada penunmpang aplikasi tersebut.

Walaupun penutup botol itu sudah terbuka sedikit, pemandu cuma mengatakan mungkin itu air yang ditinggalkan oleh penumpang sebelumnya tanpa meminumnya kerana botol itu didapati masih berisi penuh, kata Sun.

Selepas kejadian, pemandu tersebut tidak mengaku bahawa air yang terkandung di dalam botol itu datang darinya dan merayu supaya aduan tidak dibuat kerana ditakuti dia akan kehilangan pekerjaannnya.

Menurut Sun, pemandu itu kelihatan resah dan asyik meminta maaf sambil memukul dirinya sendiri dan turut menawarkan wang supaya perkara itu dirahsiakan.

Sun kemudiannya memanggil polis dan turut membuat laporan ke Didi Chuxing.

Di dalam satu kenyataan balas, jurucakap Didi mengesahkan kejadian tersebut dan pemandu tersebut sudah digantung dari servis mereka. syarikat dIdi juga berkata yang pemandu tersebut kencingdi dalam botol tersebut kerana tidak menjumpai bilik air dan kemudiannya lupa dengan perkara tersebut.

“Kami memohon maaf atas kejadian malang ini dan telah membawa penumpang dan pemandu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut jurucakap Didi, terdapat kemudahan carian bilik air yang diletakkan di dalam aplikasinya yang digunakan oleh 30 000 pemandu setiap hari.

Sumber : Yahoo