Peminat tubuhkan akaun derma untuk Kylie Jenner

0
39
NEW YORK, NY - SEPTEMBER 09: TV personality Kylie Jenner attends Harper's BAZAAR Celebrates "ICONS By Carine Roitfeld" at The Plaza Hotel on September 9, 2016 in New York City. (Photo by Michael Stewart/WireImage)

[Gambar : Joe Scarnici/Getty]
Awal minggu ini, majalah bisnes ternama, Forbes telah mengeluarkan kenyataan yang selebriti tv realiti, Kylie Jenner bakal menjadi wanita termuda yang bakal digelar ‘billionaire’. Harta Kylie Jenner telah dinilai sebanyak USD 900 juta pada masa sekarang.

Salah seorang pengguna Twitter mula berjenaka dengan mengatakan mereka akan menubuhkan tabung derma untuk membantu Kylie mecapai USD 1 billion.

Namun, tiba tiba jenaka tersebut telah direalisasikan oleh oleh seorang selebriti Instagram bernama Josh Ostrovsky dengan menubuhkan kempen di GoFundMe . USD268 telah berjaya dikumpul setakat ini.

Keterangan pada kempen ini adalah seperti berikut :

“I don’t want to live in a world where Kylie Jenner doesn’t have a billion dollars. We must raise 100 million dollars to help her get to a billion, please spread the word, this is extremely important.”

Walaupun kebanyakan netizen cuma menderma sebanyak USD5 seorang, salah seorang peminat telah mendermakan sebanyak USD100.

Bukan kerajaan sahaja yang dapat tubuhkan tabung derma, selebriti kaya pun beruntung sebab ada orang tubuhkan tabung derma untuk selebriti tersebut. Bila korang nak tubuhkan tabung derma untuk Admin pulak?

Sumber : BusinessInsider