Pemandu Grab ditemui maut ditembak sebanyak 12 kali

0
123
Pemandu Grab
© Mark Demayo A transport network vehicle service (TNVS) driver in Quezon City. (Photo: Mark Demayo)

Seorang pemandu Grab ditemui maut di dalam keretanya selepas dia ditembak beberapa kali. Insiden tesebut telah dikongsi oleh Ketua Negara Grab Filipina, Brian Cu di Facebook beliau.

Menurut Brian Cu, pemandu Grab tersebut, mayat Ananias Antigua ditemui di dalam kenderaannya oleh polis di bandar Parañaque , Filipina pada 31 Julai lepas.

GMA News’ Balitambayan melaporkan, melalui post-mortem yang dijalankan, Antigua 54 tahun, telah ditembak sebanyak 12 kali. Siasatan awal polis menunjukkan pembunuhan ini mungkin bermotifkan rompakan.

Menurut laporan, Antigua mngambil penumpang terakhirnya pada pukul 7pm dan memandunya ke hotel-casino di bandar Pasay.

“Kami mengutuk insiden ini sekeras kerasnya. Sejak insiden ini, Grab telah bekerjasama dengan pihak berkuasa” ujar Cu.

Beliau juga berkata bahawa ciri ciri keselamatan telah dimasukkan ke aplikasi Grab sebelum ini seperti butang SOS dan penapisan pemandu yang lebih ketat. Ciri ciri tersebut telah dimasukkan selepas kematian sorang lagi pemandu Grab, Gerardo Maquidato yang berlaku pada tahun lepas.

Sumber : MSN