Pelajar Malaysia, juara Pertandingan Matematik Antarabangsa

0
128
reeno chin matematik champion

Hanya berumur 8 tahun, Reeno Chin telah berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas memenangi Pertandingan Matematik Antarabangsa yang diadakan di Moscow, Rusia pada 22 Julai yang lepas.

Reeno, seorang pelajar Tahun 2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani telah donobatkan sebagai ‘Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition’ selepas menewaskan lebih 1200 pesaing dari 20 negara seluruh dunia.

“Anak terakhir dari 2 beradik itu mula menunjukkan minatnya terhadap matematik sejak berusia 5 tahun”, kata ibu beliau. “Dia sama seperti kanak-kanak lain, ada kalanya belajar dan ada kalanya bermain, tetapi tidak pernah dipaksa untuk melakukan ulangkaji matematik”, sambung ibunya lagi.

Walaupun masih kecil, adik ini telah berjaya menaikkan nama negara ke mata dunia. Mungkin ibu bapa yang lain boleh cuba minta tips untuk belajar matematik dari adik ini. Mana tahu, mungkin tahun seterusnya, adik atau anak kita pula boleh mewakili Malaysia dalam pertandingan seperti ini.