PDRM akan mula menggunakan Bahasa Inggeris selepas arahan dari Tun M

0
20
PDRM

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mula menggunakan Bahasa Inggeris untuk taklimat harian dan di dalam operasi mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir pernah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris oleh pihak polis.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat pihak polis. Ini adalah langkah yang drastik buat kita. Kita akan mulakan kursus 5 hari untuk pegawai senior kita. Bukan sahaja bercakap dalam bahasa Inggeris, malah mereka juga harus pandai menulis dalam bahasa tersebut”, ujar Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau juga berkata kursus untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris ini akan dijalankan oleh pegawai PDRM sendiri. Penggunaan tenaga pengajar dari luar mungkin akan digunakan jika perlu.