Nicol Ann David dinobatkan sebagai ‘Squash GOAT’ hasil undian seluruh dunia

0
45
nicol ann david
Sumber : http://www.worldsquash.org/ws/news/15266

Ribuan peminat dan pemain sukan squash di seluruh dunia telah mengundi Datuk Nicol Ann David sebagai pemain terhebat sepanjang zaman ataupun lebih dikenali sebagai ‘Greatest Player Of All Time’ (GOAT).

Pengumuman tersebut telah dipaparkan di laman web ‘Professional Squash Association’s PSA World Tour’.

‘PSA World Tour’ juga telah menulis di dalam tweet nya bahawa peminat squash telah mengundi Datuk Nicol David sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Ia turut memaparkan pencapaian terbaik Nicol seperti berikut:

• 8 World Championship titles

• 5 British Open Squash titles

• 81 PSA titles

• 102 PSA finals

Menurut laman web ‘PSA World Tour‘, pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini adalah pemain pertama yang memenangi ‘World Junior’ sebanyak 2 kali dan pemain yang bertahan paling lama di kedudukan nombor 1 dunia.

Datuk Nicol Ann David menduduki tempat pertama selama 109 bulan, dari tahun 2006 hingga 2015.

Pada ketika itu, beliau telah memenangi kejohanan dunia sebanyak 8 kali, menang 56 perlawanan berturut-turut dan menjadi penerima anugerah ‘Datuk’ termuda di Pulau Pinang.

Beliau juga layak ke final perlawanan PSA sebanyak 102 kali, dan memenangi nya sebanyak 81 kali serta memenangi pingat emas  4 Sukan Asia serta 2 pingat emas Sukan Komanwel.

Sumber : NST