Nick Jonas sah bertunang dengan artis Bollywood, Priyanka Chopra

0
89

Selebriti Bollywood, Priyanka Chopra telah disahkan bertunang penyanyi yang berasal dari Amerika, Nick Jonas. Mengikut majalah ‘People’, Jonas, 25 telah melamar Priyanka di London, sempena hari jadi Priyanka yang ke 36 selepas mereka memilih Cincin dari Butik Tiffany.

Walaubagaimanapun, wakil kedua-dua pihak masih belum memberi sebarang komen.

Bagaimanapun, pengarah terkenal dari India telah mengumumkan melalui twitter bahawa Priyanka akan meninggalkan filem ‘Bharat’ , sebuah drama sejarah mengenai India moden atas sebab yang tersangat istemewa.

Priyanka yang memenangi Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada tahun 2000, adalah antara artis bollywood yang terkenal. Tambahan pula baru-baru ini , beliau telah menembusi dunia seni barat dengan membintangi siri ‘Quantico’ yang dimainkan di ‘US Network ABC’. Beliau juga pernah berduet dengan penyanyi popular termasuk Pitbull.

Majalah ‘People’ juga menyatakan yang mereka mengenali antara satu sama lain selama beberapa ketika sebelum menjadi pasangan yang serius pada 2 bulan lepas.

Sumber : TheStar