Model Wanita ini hampir hilang lengan sewaktu bercuti di Bahamas

0
41

Katarina Zarutskie, seorang model Instagram, pemain papan luncur air dan juga pelajar kursus kejururawatan,  berusia 19 tahun dari California telah melalui pengalaman ngeri yang menyebabkan beliau hampir kehilangan lengannya sewaktu bercuti di Pulau Exuma bersama keluarga teman lelakinya. Kejadian tersebut dapat dirakamkan mengunakan kamera

Pengalamannya bermula apabila penduduk setempat menceritakan tentang aktiviti berenang bersama jerung di Staniel Cay. Beliau juga mengatakan bahawa penduduk setempat manggalakkan belia untuk mencuba aktiviti tersebut.

Sebagai seorang pemain papan luncur air, beliau menyatakan sudah biasa melihat jerung jenis ini dan mengikut pengalamannya, jerung jenis ini tidak membahayakan, ditambah pula beliau melihat kanak kanak menjalankan aktiviti ‘snorkeling’ di kawasan tersebut.

Menceritakan kembali pengalamannya,  pada mulanya beliau hanya berbaring di atas air sambil meregangkan tangannya. Bapa kepada teman lelakinya yg sedang merakamkan gambar beliau sempat merakam detik detik cemas sewaktu jerung tersebut mengigit dan menariknya ke bawah air.

Bapa teman lelakinya sempat merakamkan detik detik cemas.
Beliau menyatakan beliau di tarik ke bawah air sejurus selepas digigit.

“Kejadian tersebut amat menakutkan”, ujar beliau. “Saya ditarik ke bawah dan amat bernasib baik. Keadaan mungkin boleh menjadi lebih teruk dan sekumpulan jerung yang lain boleh datang menyerang memandangkan mereka selalunya bergerak dala kumpulan”, sambung beliau.

Bekas gigitan jerung.

Menurut National Geographic, jerung jenis ini selalunya tidak membahayakan tetapi akan menyerang jika diganggu.

Selepas ini, kalau korang nak berenang di laut, lebih baik berhati hati. Di pantai di Malaysia pun, korang boleh tengok anak jerung kalau kena dengan tempat dan waktunya.

Sumber : foxnews