Misi mencari makanan halal di Hatyai, Thailand

0
2762
makanan halal hatyai

Makanan halal sering menjadi topik perbualan jika kita pergi bercuti ke luar negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Ada antara kita yang hanya mengalas perut dengan roti atau bekalan megi yang di bawa bersama kerana sukarnya mencari kedai yang menyediakan makanan yang halal.

Dengan keizinan penulis asal, saya kongsikan pengalaman seorang pengguna Facebook, Nurhasyima yang berkunjung ke Hatyai baru baru ini. Beliau juga berkongsi pengalaman di Hatyai ini di blognya sendiri.

Kedai makan pertama yang dilawati beliau terletak berhadapan dengan Stesen Keretapi Hatyai di Jalan Rotfai. Terdapat 2 kedai yang menyajikan makanan halal disitu. Ada papan tanda kecil bertulis ‘Dapur Muslim’ di salah satu kedai tersebut tetapi beliau mencuba kedai yang bersebelahan dengan kedai tersebut kerana menurutnya makanan disitu kelihatan lebih enak.

makanan halal hatyai

makanan halal hatyai makanan halal hatyai

Nampak menarik bukan?

Menurut Nurhasyima lagi, makanan yang disediakan adalah makanan tempatan dan harganya juga murah. Untuk 4 orang dewasa makan dengan 2-3 lauk seorang, jumlah yang dikenakan hanya 240 bath (~RM 31).

Tempat makan yang seterusnya dikunjungi beliau adalah di Khlong Hae Floating Market. Ini adalah antara lokasi yang terkenal dan unik di Hatyai dimana penjual akan menjual makanan atau barang barang lain di atas perahu masing masing

Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh beliau.

makanan halal hatyai makanan halal hatyaimakanan halal hatyai

Kedai makan yang seterusnya ini bukanlah untuk mereka yang cerewet kerana ia hanyalah gerai gerai yang terletak di bahu jalan.

Terletak di Jalan Nipatsongkrew, terdapat beberapa gerai Muslim disini. Kedai yang menjadi pilihan beliau adalah ‘Kedai Makan Kak Sah Somtam’. Antara menu yang di sarankan adalah ikan bakar garam dimana ikan ini di salut dengan garam kasar yang tebal dan dibakar.

makanan halal hatyaimakanan halal hatyai

Penulis juga mencuba daging dan ayam perap bakar disini selain dari mi dan juga tomyam.

makanan halal hatyai makanan halal hatyai makanan halal hatyai makanan halal hatyai

Sekarang giliran anda pun untuk mencuba. Kebetulan, hujung minggu ini dan bulan September nanti, terdapat banyak cuti umum. Boleh lar jika anda ingin berkunjung ke Hatyai.

Jika anda ingin membaca mengenai pengembaraan beliau di Hatyai berserta gambar gambar yang menarik, boleh berkunjung ke laman Facebook Nurhasyima atau ikuti pengembaraan penuh Nurhasyima di blog beliau, http://reflectandrelax.com/ .