Menjejaki seni menara gandum di Australia

0
43

Sebut sahaja mengenai Australia, Melbourne, Sydney dan Brisbane pastu bermain di minda. Bagaimanapun,  suatu projek seni sedang dijalankan di sebuah pekan kecil untuk mengalih perhatian pelancong dari melancong ke kawasan  bandar dan pantai.

Mural gergasi dilukis di menara gandum di seluruh negara untuk dijadikan hasil kerja seni yang luar biasa. Digelar  galeri terbesar Australia, ‘Silo Art Trail‘ merangkumi 200 kilometer dan menghubungkan bandar bandar  Victorian seperti  Brim, Patchewollock dan Sheep Hills. Di bandar bandar ini, menara gandum telah dilukis mural oleh pelukis dari dalam dan luar negara.

夏天什么时候可以来 ☀️ #siloarttrail #silo #siloart #discovervictoria

A post shared by Miranda.X (@miranda_xuu) on

#respect #firstnations #siloarttrail #art #regional #victoria #australia

A post shared by Craig Rowley (@rolls1234567) on

Projek ini bermula paad tahun 2016 selepas lukisan yang pertama dilakukan oleh Guido van Helten di Brim. Potret yang menggambarkan beberapa generasi petani berjaya meletakkan bandar tersebut dia atas peta dunia, dimana ramai dikalangan pelancong datang ke bandar tersebut untuk melihat hasil seni tersebut.

Kini, peta baru telah dihasilkan untuk membantu pelancong untuk menjejaki mural mural tersebut. Peta tersebut membantu pelancong untuk melalui jalan-jalan kecil yang ada di sekitar bandar untuk ke menara gandum dan memudahkan pelancong untuk merancang hala tuju perjalanan mereka.

Bagi sesiapa yang ada rancangan untuk ke Australia selepas ini, apa kata kita rancang untuk pergi ke tempat yang lain daripada yang lain seperti ini.