Menangi semua buku di BookXcess yang boleh dicapai dalam masa 3 minit

0
28

BookXcess adalah nama yang tidak asing lagi bagi peminat buku di Malaysia. Kedai terbarunya boleh didapati di Tamarind Square, Cyberjaya. Apa yang unik mengenai kedai buku di Cyberjaya ini adalah kerana ia beroperasi 24 jam sehari dan antara yang terbesar di Malaysia. Selain itu,  ‘Big Bad Wolf sale‘ yang diadakan di Malaysia saban tahun diaturkan atau dikelolakan oleh BookXcess sendiri.

Bulan ini, BookXcess mengadakan program cabutan bertuah yang dinamakan ‘BookXcess Basket Dash 2018‘.

Berikut adalah diantara syarat-syarat untuk menyertai cabutan bertuah tersebut :

1)  Pergi kemana-mana cawangan BookXcess dan buat pembelian berjumlah Rm50 ke atas.

2)  Seramai 14 pemenang akan diumumkan pada 25 Julai 2018 di Facebook BookXcess.

3)  Peserta haruslah berumur 18 tahun ke atas.

4) ‘BookXcess Basket Dash 2018’. akan diadakan di Tamarind Square, Cyberjaya pada 28 dan 29 July 2018.

5) Pemenang akan diberikan bakul dan masa sebanyak 3 minit untuk mengambil sebanyak mungkin buku.

6)  Jumlah buku tidak boleh melebih ketinggian bakul tersebut.

7)  Untuk keterangan lanjut, anda boleh lawati laman facebook BookXcess.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sumber : BookXcess