Media Prima di ugut RM26 Juta oleh perisian tebusan Ransomware

0
27
ransomware

Media Prima Berhad, syarikat media terbesar di Malaysia telah diserang oleh ransomware mengakibatkan sistem sistem emel dalaman syarikat tersebut lumpuh sepenuhnya sejak khamis lepas.

Penyerang di sebalik serangan tersebut telah meminta wang tebusan sehingga 1000 Bitcoins.

Jumlah iniĀ  bersamaan dengan lebih kurang RM26 Juta mengikut kadar semasa.

Di dalam satu kenyataan oleh Media Prima, syarikat tersebut memilih untuk tidak bercakap mengenai sistem dalaman dan sekuriti mereka.

Walaubagaimanapun, syarikat itu berkata perjalanan perniagaan utama mereka seperti penyiaran, cetakan, pengiklanan, dan penyiaran atas talian tidak terjejas dan mmasih diteruskan seperti biasa.

Laman berita kewangan, The Edge melaporkan sejauh mana serangan itu berlaku masih belum dikenal pasti terapi serangan tersebut telah mengakibatkan sistem emel syarikat tersebut lumpuh.

“Semua sistem komputer di dalam kumpulan Media Prima telah dijangkiti oleh ransomeware sejak 4 hari lepas. Penyerang telah meminta wang tebusan sebanyal 1000 Bitcoins dari Media Prima”

Dikatakan pegawai dari Media Prima cuma berdiam diri mengenai serangan ini apabila dihubungi oleh The Edge.

Laporan itu juga menyatakan Media Prima tidak akan akur pada ugutan tersebut dan tidak akan membayar wang tebusan.

Pihak polis, apabila dihubungi berkata mereka masih belum menerima apa apa laporan dari Media Prima.

Media Prima merupakan pemilik stesyen tv TV3, TV9, 8TV, NTV7, beberapa stesyen radio dan juga akhbar New Straits Times.