Masalah keselamatan yang ditemui pada aplikasi Whatsapp

0
80
Masalah keselamatan yang ditemui pada aplikasi Whatsapp

Masalah keselamatan yang ditemui pada aplikasi Whatsapp oleh firma keselamatan siber Israel pada 8 Ogos yang membolehkan penggodam mengubah dan menghantar mesej palsu dalam aplikasi tersebut.

CheckPoint berkata masalah itu memberi kemungkinan penggodam untuk memintas dan memanipulasi mesej yang dihantar oleh mereka dalam perbualan secara berkumpulan atau peribadi dengan mengubah dan menyebarkan maklumat yang salah.

Bulan lepas, WhatsApp Inc mengumumkan had penghantaran mesej berikutan ancaman oleh Kerajaan India untuk mengambil tindakan selepas lebih daripada 20 orang ditumbangkan oleh orang ramai kerana dituduh menculik kanak-kanak serta jenayah lain dalam mesej virus yang diedarkan secara liar di WhatsApp.

WhatsApp Inc berkata dalam satu kenyataan: “Kami mengkaji dengan teliti isu ini dan ia sama dengan mengubah e-mel untuk menjadikannya kelihatan seperti sesuatu yang tidak pernah ditulis oleh seseorang.”

Walau bagaimanapun, syarikat itu berkata: “Tuntutan ini tidak ada kaitan dengan keselamatan “end-to-end encryption”, yang memastikan hanya penghantar dan penerima boleh membaca mesej yang dihantar pada WhatsApp.”

WhatsApp Inc menyatakan ia baru-baru ini meletakkan had kandungan penghantaran, menambah label kepada mesej yang dikemukakan, dan membuat satu siri perubahan kepada “group chat” untuk menangani maklumat yang salah.

Sumber: The Star