Majoriti pendatang asing yang tinggal di Australia secara tidak sah adalah rakyat Malaysia

0
164
Pendatang asing
Sumber : GettyImages/Boarding1Now

Di Malaysia, umum kita ketahui kebanyakan pendatang asing yang tinggal secara tidak sah adalah berasal dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh. Tetapi lain pula halnya di Australia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Dalam Negeri Australia, majoriti pendatang asing yang tinggal secara tidak sah di Australia adalah berasal dari Malaysia.

Lebih kurang 62,000 pendatang asing ini berada di Australia dimana majoritinya adalah rakyat Malaysia. Diantara tahun 2016 hingga 2017, kira kira 10,000 rakyat Malaysia masih tinggal di Australia selepas tamat tempoh visa, 6500 dari China dan 5000 dari Amerika dan British. Dalam tahun itu juga, Jabatan Dalam Negeri Australia telah menghantar balik atau meletakkan di kem tahanan sebanyak 15,885 orang pendatang asing.

Mengikut undang undang Australia, mereka yang tinggal setelah tamat tempoh visa boleh dikenakan tindakan di halang masuk ke Australia selama 3 tahun. Jumlah orang yang tinggal setelah tamat tempoh visa meningkat sebanyak 6% jika dibandingkan dengan 5 tahun lepas.

Di dalam satu temu ramah oleh Agensi berita SBS News, sorang rakyat Malaysia berusia 28 tahun menceritakan bagaimana rasanya untuk tinggal di Australia secara tidak sah.

pendatang asing
Sumber : SBS News

Lelaki itu mengatakan bahawa dia cuma menggalkan rumah untuk pergi ke kerja sahaja dan sentiasa hidup dalam kerisauan , terutamanya apabila bertembung dengan pihak berkuasa.

Dia datang ke Australia dengan mengguna visa pelancong setahun lepas. Kawannya berjanji untuk menawarkan visa perkerjaan pada harga A$2,000 (RM6,077), tetapi malangnya ia tidak berhasil.

Setelah tamat tempoh visa 3 bulannya, dia bercadang untuk menyambung visa tersebut tetapi tidak berjaya. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di Australia secara tidak sah.

Dia bercadang untuk pulang ke Malaysia setelah berjaya mengumpul duit untuk membayar hutang nya terutama hutang yang di buat untuk mendapatkan visa perkerja yang tidak berjaya dahulu.

Sebelum pulang ke Malaysia, dia bercadang untuk menyerahkan diri di kedutaan Malaysia berbanding dengan ditangkap oleh pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang. Mempelajari dari kesilapannya yang lalu, dia menasihati supaya orang ramai tidak mengikuti jejaknya.