Lois Lane (Margot Kidder) disahkan membunuh diri

0
52
Margot Kidder
Sumber : Warner/DC Comics/Shutterstock

Kematian Margot Kidder, pelakon yang dikenali dengan wataknya didalam filem Superman sebagai Lois Lane disahkan akibat bunuh diri.

Kidder yang berlakon sebagai ‘Lois Lane’ di samping Christopher Reeve sebagai ‘Superman’, telah ditemui maut di rumahnya di Montana pada 13 Mei yang lalu. Pada masa beliau ditemui, pengurusnya berkata bahawa Kidder menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa tidur.

Margot Kidder

Anak Kidder, Maddy McGuane berkata yang beliau berasa lega apabila kebenaran terungkap. Penting untuk bersikap jujur dan terbuka supaya tidak memalukan apabila berhadapan dengan situasi sebegini, sambungnya lagi.

McGuane menyeru kepada sesiapa yang mempunyai masalah mental seperti kemurungan supaya sentiasa merujuk dengan pakar.

Kidder telah lama mengalami kemurungan sepanjang hidupnya, dan kemalangan yang berlaku pada tahun 1990 telah menyebabkan beliau terperangkap dalam hutang dan terpaksa menggunakan kerusi roda selama 2 tahun.

Kidder dan Reeve memainkan watak di dalam filem Superman dari tahun 1978 sehingga 1987. Belian juga turut berlakon di dalam filem ‘The Great Waldo Pepper’ pada tahun 1975 dan ‘The Amityville Horror’ pada tahun 1979.

Margot Kidder

Beliau kemudian menyambung kerjaya lakonannya dalam dalan filem filem kecil dan drama tv termasuk filem ‘The Haunting Hour’ dimana beliau menerima anugerah ‘Daytime Emmy Award’ untuk wataknya dalam filem tersebut.