Lelaki ini terpaksa dipotong anggota badannya setelah dijilat anjing

0
36
Capnocytophaga canimorsus
Sumber : https://www.yahoo.com/news/man-limbs-amputated-dog-lick-144742259.html

Seorang lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat terpaksa dipotong beberapa anggota badannya akibat jangkitan kuman di dalam darahnya selepas dijilat anjing.

Pada 27 Jun lalu, Greg Manteufel pergi ke hospital setelah mengalami simptom selsema, dan selepas beberapa jam di masukkan ke wad, beliau mengalami kejutan septik dimana tekanan datahnya jatuh ke paras yang sangat rendah.

Melalui ujian darah, doktor dapat mengenalpasti punca jangkitan tersebut daripada bakteria ‘Capnocytophaga canimorsus‘ dimana bakteria ini sering dijumpai di dalam air liur anjing atau kucing.

Capnocytophaga canimorsus
Sumber : https://www.yahoo.com/news/man-limbs-amputated-dog-lick-144742259.html

Menurut Klinik ‘West Gate Pet’, jangkitan bakteria ‘Capnocytophaga canimorsus‘ umumnya dijangkiti melalui air liur binatang peliharaan apabila di gigit malah ia juga boleh dijangkiti apabila binatang peliharaan menjilat luka yang terbuka ataupun terbakar.

Bakteria ‘Capnocytophaga canimorsus‘ selalunya boleh didapati di sekitar mulut 60% anjing dan 17% kucing. Walaubagaimanapun hanya 500 kes tanpa gigitan binatang dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada sejak tahun 1976 .

Isteri Manteuful, Dawn, berkata suaminya berada dalam keadaan sihat sebelum dijangkiti kuman tersebut. Jangkitan kuman pada Manteufel dipercayai berasal dari anjing peliharaannya sendiri, mengakibatkan tekanan darahnya menurun dan peredaran darah di anggoota badannya menjunam.

Selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, kedua dua belah kakinya terpaksa dipotong. Selepas jangkitan bertambah teruk, kakinya terpaksa dipotong dar bahagian lutut. Beliau juga terpaksa dibedah untuk membuang sebahagian tangan dan hidungnya.

Menurut Dr Sivia Munoz-Price dari ‘Medical College of Wisconsin’ kes seperti ini amat jarang berlaku. Lebih 99% pemilik anjing atau kucing tidak akan mengalami kes seperti ini, ujarnya lagi.

Sumber : YahooNews