Lelaki ini telah dilarang daripada datang ke sebuah restoran sushi buffet di Jerman

0
38
sushi buffet
Sumber : Alexander Spatari/Moment/Getty Images

Sorang ahli sukan trialathon dari Jerman telah dilarang daripada makan di sebuah restoran sushi buffet di tenggara Bandar Landshut di Jerman baru baru ini.

Larangan itu dibuat selepas lelaki tersebut telah menghabiskan sejumlah 100 pinggan sushi yang diletakkan di restoran itu.

Jaroslav Bobrowski, 30, mengamalkan diet yang unik dimana dia akan berpuasa dari makan selama 20 jam, dan selepas tempoh itu, dia akan makan sehingga kenyang.

sushi buffet
Sumber : FACEBOOK/JAROSLAV BOBROWSKI

Bobrowski yang juga seorang bekas ahli bina badan dan peserta pertandingan Iron Man membayar €15.90 (RM 77.40) untuk hidangan buffet di restoran Running Sushi.

Pada hari kejadian, dia menghabiskan hampir 100 pinggan sushi menyebabkan pemilik dan tukang masak restoran tersebut risau.

“Dia makan untuk 5 orang. Ini adalah luar biasa” kata pemilik restoran tersebut.

Bobrowski yang bekerja sebagai jurutera perisian memberitahu yang di cuba untuk memberikan tip kepada pelayan tetapi telah ditolak.

Pemilik restoran kemudiannya memberitahu Bobrowski yang dia dilarang sama sekali untuk makan di restoran tersebut selepas ini disebabkan dia makan terlalu banyak.

Walaupun begitu, Bobrowski berkata dia telah menjumpai restoran sushi yang lain yang boleh memuaskan nafsu makannya, restoran China Sushi, iaitu 10 minit dari restoran Running Sushi.

Ye tak yer jugak. Kalau macam ni gayanya, memang rugi kedai sushi tersebut.

Sumber : StraitsTimes