Lazada memperkenalkan LazMall untuk menyambut festival beli belah terbaharu, 9.9

0
58
lazada lazmall

Lazada secara rasminya telah memperkenalkan LazMall diatas platfomnya sendiri , di mana ia akan bekerjasama dengan jenama pengguna untuk menjual barangan berjenama kepada orang ramai.

Jenama seperti Estee Lauder, P&G, Apple, Samsung, L’Oreal dan Danone adalah diantara ribuan jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendaftar untuk mendapatkan tempat di LazMall.

Untuk mengelakkan skandal barangan tiruan yang telah mencemarkan beberapa kedai atas talian sebelum ini, Lazada menegaskan bahawa LazMall akan hanya memaparkan 100% barangan tulen dan asli. Ia turut berjanji akan memulangkan wang pelanggannya sebanyak 2 kali ganda jika mereka menerima barangan tiruan.

Syarikat itu juga memperkenalkan festival beli-belah yang baru, 9.9 di negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sebagai sebahagian dari festival tersebut, Lazada menggalakkan pelanggan untuk menggunakan aplikasinya untuk bermain permainan seperti ‘Slash It’, di mana pengguna boleh mengajak kawan-kawan mereka untuk membantu mengurangkan harga dan menggoncangkan telefon mereka untuk memenangi baucer Lazada dan juga kod diskaun.

lazada lazmall

“Lazada sentiasa akan mengembangkan had beli belah diatas talian dan mencipta sesuatu yang baru untuk memberikan pengalaman yang baru kepada para pengguna dan juga jenama. LazMall adalah satu cara baru untuk membeli-belah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu syarikat-syarikat ini untuk mengembangkan jenama mereka untuk memenuhi permintaan pengguna” kata Jing Yin, Presiden Kumpulan Lazada.

“Kita hidup di zaman yang mempunyai kekangan masa dan terdapat banyak perkara yang perlukan perhatian kita. Apa yang menyebabkan sesuatu pengalaman beli-belah di atas talian berjaya atau tidak adalah keupayaannya untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan supaya mereka akan kembali untuk mengulangi pembelian mereka.”

Sumber : TheDrum