Laporan U.N tuduh tentera Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas Rohingya

0
97
rohingya

Misi Mencari Kebenaran Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (U.N.) menggesa supaya pegawai pegawai atasan dari negara itu di rujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat dan dibicarakan atas tuduhan pembunuhan beramai ramai ke atas bangsa Rohingya di utara Rakhine serta jenayah kemanusiaan di Kachin dan juga Shan.

Laporan setebal 400 muka surat itu menceritakan secara terperinci skop dan jenis kekejaman yang dikatakan dilakukan atas arahan pegawai pegawai atasan tersebut kepada penduduk bangsa minoriti negara itu. Laporan itu menuduh pegawai atasan melakukan jenayah yang paling besar dalam undang undang antarabangsa.

rohingya
Sumber : https://www.rte.ie/news/world/2018/0829/988204-myanmar-rohinga-un/

Ketiga tiga panel bebas dari misi U.N. di Myanmar tersebut berkata bahawa jenayah pembunuhan beramai-ramai yang mengakibatkan lebih 700 000 penduduk Rohingya lari ke Bangladesh untuk perlindungan setahun yang lalu telah dirancang bertahun-tahun sebelumnya.

Dalam satu langkah yang tidak diduga, misi U.N. telah menamakan 6 pegawai atasan yang dikatakan bertanggungjawab untuk merancang dan menjalankan jenayah tersebut. Penyiasat, Christopher Sidoti berkata, misi itu telah mengumpul bukti yang mengcukupi ke atas semua elemen jenayah tersebut dan mencadangkan supaya ianya disiasat dan didakwa dihadapan tribunal antarabangsa.

“Di Myanmar, proses turutan arahan adalah jelas dan tidak syak lagi apa yang kami lihat terjadi di Rakhine secara keseluruhannya tidak akan terjadi tanpa pengetahuan dan kawalan pegawai atasan tentera. Dan disebakan itu kami mencadangkan supaya 6 pegawai ini disiasat dan didakwa.”

Laporan itu mendakwa pihak berkuasa tempatan tidak mepunyai kuasa untuk mengawal tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera, walaubagaimanapun, mereka masih lagi bersalah kerana membenarkan dan tidak menghiraukan aktiviti kekejaman tersebut. Ia juga mengkritik Aung San Suu Kyi sebagai ketua kerajaan kerana tidak menggunakan kuasanya untuk menghalang kejadian tersebut.

Kerajaan Myanmar tidak membenarkan akses misi U.N itu kepada majoriti rakyat Myanmar yang beragama Budha. Atas sebab itu, misi tersebut mengumpul bukti berdasarkan testimoni 875 mangsa dan saksi, gambar dari satelit dan dokument, gambar dan juga rakaman video.

Misi U.N. itu juga menghantar salinan laporannya ke kerajaan Myanmar.

Sumber : VOANews