Koloni Penguin Raja terbesar di dunia menyusut sebanyak 90%

0
43
koloni penguin raja terbesar di dunia telah menurun sebanyak 90%
https://unsplash.com/photos/8fmTByMm8wE

Bilangan penguin dari Koloni Penguin Raja terbesar di dunia telah menurun sebanyak 90% dalam 3 masa dekad, kata pengkaji spesis tersebut pada Isnin lepas. Kali terakhir saintis menjejakkan kaki ke Ile aux Cochons, Perancis, pulau itu dipenuhi oleh 2 juta penguin. Tetapi baru-baru ini, gambar dari satelit menunjukkan populasi spesis itu telah jauh menurun berbanding sebelumnya, dengan hanya 200 000 ekor sahaja yang tinggal.

penguins
Sumber: https://unsplash.com/photos/D1XvMiK9woA

Penguin Raja adalah spesis penguin yang tidak berpindah randah. Menurut ahli Ekologi, Henri Weimerskirch, situasi ini tidak dijangka dan amat penting kerana koloni ini mewakili 1 pertiga Penguin Raja yang terdapat didunia.

Perubahan cuaca mungkin menyumbang ke atas situasi ini. Selain itu, tempat tinggal yang padat munkin menjadi salah satu sebab bilangan populasi ini menurun. Tidak mustahil satu hari nanti, spesis ini akan pupus. Jadi mari kita sama-sama menjaga alam yang kita diami untuk kesejahteraan masa hadapan.

Sumber : YahooNews