Kapal Titanic II, replika kepada Titanic terdahulu akan mula berlayar pada 2022

0
23
kapal Titanic

Titanic II, kapal replika kepada Titanic yang asal akan memulakan pelayaran pertamanya pada 2022. Ianya mempunyai bilik yang boleh memuatkan seramai 2400 penumpang dan 900 pekerja, ia juga akan mengikuti laluan asal kapal Titanic yang terdahulu.

Jika anda merasakan ini adalah satu idea yang buruk, anda tidak berkesorangan. Seperti idea idea bodoh yang lain, ia menarik minat pengguna Twitter untuk mempersoalkan serta memberi komen yang tidak kurang lawaknya mengenai idea ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh TIME dan USA Today didalam Twitter.

Berikut adalah respon penguna Twitter berkenaan dengan pengumuman ini.

Titanic II akan mempunyai cabaran yang lebih sukar sedikit kerana ia akan memulakan pelayarannya di Dubai dan kemudiannya ke Southampton, UK – tempat permulaan pelayaran kapal Titanic yang asal.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan bila tiket akan mula dijual atau berapa harga tiket yang akan dijual.

Tetapi harapnya kali ini mereka akan meningkatkan lebih banyak bot penyelamat diatas kapal tersebut.

Sumber: Yahoo