Kanak kanak berusia 4 tahun maut tercekik kek semasa di taska

0
105
tercekik

Hancur luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan rakaman detik detik akhir anaknya yang tercekik melalui skrin komputer. “Kenapa tidak ada seorang guru pun yang datang menyelamatkan dia?” katanya dalam tanggisan.

Rakaman video litar tertutup itu memaparkan anaknya yang berusia 4 tahun berusaha untuk mengeluarkan sepotong kek yang terlekat di kerongkongnya.

Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat rakan rakan sekelas yang lain masih menikmati makanan masing masing tanpa menyedari kejadian tersebut.

Pada 10 September lepas, seorang guru taska di Hunan, China meninggalkan sekumpulan  kanak kanak setelah menyediakan makan tengahhari.

Beberapa ketika kemudian, kanak kanak lelaki itu didapati tercekik. Dia dilihat batuk terbahak bahak dan cuba untuk mengeluarkan makanan tersebut tetapi tidak berjaya. Kejadian itu berlaku selama 3 minit tanpa disedari oleh sesiapa pun.

Gurunya kemudian tiba di meja dan cuba untuk mengeluarkan kek tersebut dan terus membawanya ke hospital dalam tempoh 8 minit, tetapi malangnya sudah terlewat.

Hasil perbincangan dengan ibu bapa kanak kanak tersebut, taska itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kejadian itu.

Untuk makluman, kami sertakan rakaman video tentang cara  cara untuk membantu kanak kanak yang tercekik untuk rujukan bersama.