iOS 12, ini merupakan 7 ciri-ciri canggih untuk anda ketahui

0
73
ios 12

Apple akan melancarkan “update” terbaru untuk iPhone dan iPad, dengan penambahan ciri-ciri baru kepada telefon sedia ada dan pengeluaran peranti baru yang diumumkan minggu lepas, termasuk model iPhone Xs dan Xr.

iOS 12 akan tersedia selepas 1 p.m ET(17/09/2018). Dan jika anda ingin memasangnya di telefon atau tablet anda, ia adalah proses yang cukup mudah. Buka tab “Settings”, pilih “General” dan tap pada pilihan “Software Update”. Anda perlu berada pada sambungan Wi-Fi.

Sistem operasi ini dilengkapi dengan beberapa ciri baru dan penambahbaikan untuk pengguna (walaupun beberapa yang dijangka, seperti “Group Facetime”, yang membolehkan sehingga 32 orang terlibat dalam sembang video sekaligus, telah ditangguhkan). Antaranya ialah:

Kemas kini Prestasi

Apple berkata penambahbaikan ini akan menjadikan aplikasi lebih responsif, bermakna anda akan dapat mengambil gambar lebih cepat dan melancarkan aplikasi dalam masa yang singkat. Kemas kini ini akan meningkatkan prestasi telefon.

Animoji peribadi

Seperti watak-watak Mii Nintendo, anda kini boleh membuat emoji yang menyerupai anda-dan menggunakan teknologi emoji animasi Apple semasa menghantarnya dalam mesej dan Facetime. Empat animoji baru juga ditambah, termasuk T. Rex.

“Screen Time”

Bimbang tentang berapa banyak masa anda atau anak-anak anda menghabiskan pada telefon atau tablet? Ciri ini akan menjejaki penggunaan dan membolehkan ibu bapa menetapkan had.

Noifikasi

Dengan banyak aplikasi yang memaparkan notifikasi kepada pengguna, skrin utama akan menjadi tidak tersusun dan terganggu. “Instant Tuning” akan membolehkan anda mengurangkan gangguan tersebut, mengelompokkannya bersama-sama supaya anda dapat melihat dengan mudah .

“Do Not Disturb”

Perlu masa bersendirian? Ciri ini akan menghalang makluman, mesej, atau panggilan untuk apa jua tempoh masa yang anda tetapkan. Ia juga akan dimatikan secara automatik sebaik sahaja tempoh itu berakhir, memastikan anda tidak terputus sepenuhnya jika anda terlupa untuk menetapkan semula telefon anda.

Carian Gambar

Telefon kita disumbat dengan gambar-gambar kenangan, yang menyukarkan ialah apabila anda sedang mencari gambar tertentu. Ciri baru ini menjadikan carian gambar lebih mudah.

Aplikasi direka semula

Menjejaki bagaimana pasaran mengaplikasi “interface” baru ini untuk “stock application”. Ia juga akhirnya akan tersedia untuk pengguna iPad.