Insentif RM40 sebulan dari kerajaan untuk suri rumah, ibu tunggal dan balu

1
50
Insentif Kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dibuka semalam, 15 Ogos 2018, dan sesiapa yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP di mana mana cawangan KWSP.

Suri rumah, ibu tunggal, dan balu yang profilnya tersenarai di dalam e-Kasih boleh mendaftar untuk i-Suri dan membuat minimum simpanan bulanan  sebanyak RM5 ke dalam akaun persaraan mereka untuk layak menerima insentif sebanyak RM40 sebulan yang akan di masukkan ke dalam akaun mereka.

“Pembukaan pendaftaran i-Suri susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Tembalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada minggu lepas di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish.

Peserta yang layak, yang berdaftar dengan i-Suri akan menerima manfaast yang sama dengan ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan dia atas simpanan persaraan, pengeluaran pada umur 50, 55 da 60 tahun, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.

Mengikut statistik dari eKasih, terdapat 221 890 suri rumah, 98 536 balu dan 28 116 ibu tunggal dar igolongan miskin tegar  yang layak untuk menerima insentif dari kerajaan dengan menyertai i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, boleh hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia di talian 03-8000 8000.

Umtuk maklumat lanjut mengenai produk dan servis KWSP, hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau boleh rujuk di laman sesawang KWSP, www.kwsp.gov.my, atau pergi ke mana mana cawangan KWSP di seluruh Malaysia.

Sumber : Bernama

1 KOMEN

Comments are closed.