Ingin menjadi antara yang pertama melihat ‘Samsung Note 9’?

1
48

Beberapa gambar yang dipercayai  ‘Samsung Note 9‘  telah diedarkan sejak beberapa minggu yang lalu tetapi kebanyakan hanya samar samar atau imej tidak penuh. Kali ini, laman web ‘AndroidHeadlines ‘ telah mempamerkan imej sebenar telefon pintar tersebut yang dikatakan diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun, imej yang dipaparkan cuma dari sudut depan telefon tersebut dan tidak mempunya apa-apa maklumat yang berguna mengenai perisian yang digunakan mahupun dari sudut belakang telefon itu sendiri.

Dengan  imej yang yang ada, kita dapat lihat seperti khabar angin sebelum ini, yang  ‘Samsung Note 9’ ini tidak mempunyai perubahan yang ketara berbanding versi sebelumnnya. Ini termasuk reka bentuk skrin depan yang masih menggunakan  “Infinity Display” dan ruang yang kecil diatas dan dibawah skrin.  Seperti ‘Galaxy Note 8’, ‘Galaxy Note 9‘ ini tidak mempunyai apa apa butang atau perkakasan dibawah skrin, tetapi di bahagian atas, terdapat ciri-ciri yang sama seperti kamera dan sebagainya.

Sudah pasti bahagian belakang boleh mempunyai ciri ciri yang berbeza dari versi sebelumnya, tetapi sehingga kini tidak dapat dipastikan disebabkan cuma imej bahagian depan sahaja yang ada buat masa ini.

Untuk melihat imej  ‘Galaxy Note 9‘, anda boleh lawati laman ‘AndroidHeadlines‘.

Jadi, kalau korang ingin memiliki telefon pintar ini,  boleh mula menabung dari sekarang yer.

Sumber : AndroidHeadlines

1 KOMEN

Comments are closed.