Huawei kantoi gunakan gambar DSLR sebagai contoh gambar oleh telefon pintar

0
830
Huawei

Syarikat gergasi yang mengeluarkan telefon pintar, Huawei kantoi sekali lagi apabila gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR digunakan sebagai contoh gambar yang kononnya di ambil dengan menggunakan telefon pintar keluaran syarikat tersebut.

Perkara ini mungkin tidak akan bocor jika tidak kerana kesilapan salah seorang pelakon wanita yang ada di dalam iklan tersebut secara tidak sengaja memuat naik gambar yang membuktikan penipuan tersebut.

Berikut adalah iklan yang ditayangkan oleh Huawei untuk telefon pintar Nova 3.

Di dalam salah satu rakaman di dalam video diatas menunjukkan seorang lelaki sedang berswafoto dengan seorang pelakon wanita, Sarah Elshamy.

Huawei

Semuanya kelihatan sempurna sehinggalah netizen terjumpa gambar disebalik tabir yang dimuat naik oleh Sarah Elshamy sendiri ke dalam akaun Intagramnnya dimana gambar ini telah pun dipadam tidak beberapa lama selepas itu.

Salah satu gambar yang dimuat naik menunjukkan pelakon lelaki itu sedang mengangkat tangan yang kosong untuk mengambil swafoto di hadapan seorang jurugambar yang sedang mengambil gambar mereka menggunakan kamera DSLR.

Huawei

Apabila berita mengenai penipuan ini tersebar, ramai diantara netizen yang meninggalkan komen berunsur negatif di rakaman video tersebut yang ada di YouTube.

Ini bukanlah kali pertama Huawei membuat penipuan sebegini. Sebelum ini syarikat tersebut pernah di kantoi kan apabila salah seorang dari netizen memeriksa data EXIF yang terdapat pada gambar yang dimuat naik oleh Huawei untuk iklan telefon pintar P9 dan mendapati bahawa gambar itu telah diambil menggunakan Canon 5D Mark III DSLR dengan lensa yang berharga USD 2100.

Mungkin selepas ini ramai akan berasa sangsi dengan gambar gambar yang digunakan dalam iklan telefon pintar mereka. Gambar yang dihasilkan oleh kamera telefon sekarang ini menjadi salah satu ciri yang boleh menentukan keputusan untuk jenis telefon pintar yang akan di beli.

Sumber : PetaPixel