Huawei akan memperkenalkan dua warna kecerunan baru untuk P20 Pro

2
26
Huawei akan memperkenalkan dua warna kecerunan baru untuk P20 Pro

Huawei P20 Pro adalah salah satu telefon pintar yang paling menarik untuk 2018. Bukan sahaja ia mempunyai persediaan triple-kamera yang dapat menangkap gambar-gambar hebat. Menjelang pengeluaran Huawei Mate 20 yang akan datang, pembuat telefon pintar dari tanah besar China itu dikatakan akan memberikan “flagship P series” itu dua warna kecerunan yang baru.

Menurut Android Authority, Huawei akan memperkenalkan dua warna kecerunan baharu untuk P20 Pro, berikutan kejayaan dan populariti versi Twilightnya. Warna-warna baru itu dijangka akan diumumkan oleh ketua Kumpulan Pengguna Konsumer Huawei, Richard Yu pada acara IFA 2018 yang akan datang di Berlin.

Pilihan pertama kelihatan seperti versi Twilight yang di ubahsuai tetapi ia bermula dari warna hitam di sebelah kiri dan transisi ke turquoise di sebelah kanan. Ini mungkin sama dengan Honor 10’s phantom green. Warna seterusnya diilhamkan oleh kerang dan mutiara dan ia akan menjadi putih dengan beberapa petunjuk kuning dan merah jambu.

Orang-orang di Android Authority telah melihat gambar-gambar P20 Pro dengan warna baru, tetapi malangnya, mereka tidak dapat mendedahkannya bagi melindungi sumber mereka. Tidak jelas jika warna-warna baru ini akan tersedia di seluruh dunia atau eksklusif untuk pasaran Eropah sahaja. Pada masa ini, P20 Pro secara rasmi berharga RM2,899 di Malaysia dan ia dilengkapi dengan RAM 6GB dan penyimpanan 128GB.

Sumber: SoyaCincau

2 KOMEN

Comments are closed.