Honor 8X : Dari sudut reka bentuk dan paparan skrin

0
32
Honor 8X
Sumber : https://www.slashgear.com/honor-8x-brings-affordable-premium-phone-to-europe-02548533/

Syarikat pengeluar telefon pintar, Huawei baru baru ini telah melancarkan telefon pintar terbarunya yang diberi nama Honor 8X dimana telefon pintar ini dikatakan mempunyai rekabentuk yang lebih fokus dan minimalis.

Paparan skrin

Paparan skrin telefon pintar ini boleh dikatakan mengagumkan. Bersaiz 6.5 inci dan menggunakan teknologi Honor Notch Full-View Display 2.0.

Skrin ini mempunyai bingkai tepian yang kecil. Malah, panjang telefon Honor 8X ini cuma 5.6 inci membuatkan nisbah skrin ke badan telefon ini sebanyak 91%. Saiz ini menyerlahkan lagi paparan skrin dan boleh membuatkan anda untuk terus jatuh cinta dengan Honor 8X ini.

Reka bentuk yang nipis

Sebab mengapa Honor 8X boleh berbangga dengan nisbah skrin ke badan telefon ini yang besar adalah kerana teknologinya yang terkini dimana Honor 8X menggunakan teknologi  chip-on-film (COF) dan reka bentuk antenanya yang  dipatenkan, membuatkan telefon pintar ini dapat dihasilkan sehingga bersaiz cuma 7.8mm. Proses COF ini bagi menggantikan teknologi chip-on-glass (COG) yang digunakan sebelum ini. Teknologi COF ini sukar untuk dikilangkan membuat ianya jarang digunakan di dalam telefon pintar yang lain.

Honor 8X
Sumber : https://www.slashgear.com/honor-8x-brings-affordable-premium-phone-to-europe-02548533/

Rekabentuk penghargaan

Rekabentuk minimalis gadget ini juga dibina bagi menghargai seorang pereka industri yang terkenal, Dieter Ram.

Telefon pintar ini juga menggunakan bingkai tengah yang diperbuat dari besi usntuk ketahanan dan kestabilan. Badan telefon pintar ini yang diperbuat dari gentian kaca juga memberi perasaan yang elegen dan lancar bagi penggunanya.

Keselesaan pada mata

Selain itu, Honor 8X ini juga menggunakan generasi terbaru mod Eye Comfort dimana teknologi ini disahkan oleh kumpulan TüV Rheinland inspection.

Tujuan teknologi ini diguna kerana kini terdapat kerisauan terhadap kesan lampu biru dari skrin telefon ke atas mata kita. Teknologi terbaru ini dapat mengurangkan radian lampu biru yang dihasilkan oleh skrin telefon dan dapat mengelakkan kelesuan mata.

Ia juga menggunakan teknologi paparan siang dan malam, membuatkan skring lebih jelas walaupun di bawah matahari yang terang dan juga membuatkan anda selesa untuk membaca di telefon pada waktu malam.

Sumber : CNET