Guru ditahan atas ugutan untuk memotong alat sulit pelajar di Kuantan

0
28
ugutan

Ugutan seorang guru wanita untuk memotong dan membakar alat sulit seorang pelajar berusia 8 tahun menyebabkan dia ditahan polis beserta dengan seorang lagi guru lelaki di sebuah sekolah tahfiz di Kuantan, 2 hari lepas.

Pihak polis bertindak atas laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, 25, menahan kedua dua suspek yang berusia 45 dan 46 tahun untuk membantu siasatan.

Kurua Polis daerah Kuantan, ACP¬†Mohamad Noor Yusof Ali berkata bapa mangsa menyedari perbuatan yang dilakukan terhadap anaknya selepas melihat satu rakaman video yang tular di aplikasi ‘Whatsapp’.

Video yag berdurasi 1 minit 19 saat itu memaparkan guru wanita tersebut sedang menarik alat sulit pelajar lelaki terbabit sebelum mengugut untuk memotongnya menggunakan gunting dan membakarnya menggunakan pemetik api.

Terdapat 2 lagi video yang tular menunjukkan mangsa dirotan oleh kedua-dua guru tersebut atas tuduhan mencuri makanan milik rakannya.

Bapa kepada mangsa berkata, guru tersebut ada meghubunginya sebelum memberitahu yang anaknya kencing berdiri, mencuri makanan dan tidak mengepam jamban selepas menggunakannya.

Bapa mangsa berasa marah dan terus membuat laporan kepada pihak polis atas perlakuan guru tersebut.

Berikut penahanan tersebut, pihak polis turut merampas gunting dan juga rotan.

Mangsa yang mengadu sakit belakang dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber : Yahoo